Kelas Microsoft Office Powerpoint (Gambar animasi)

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 22 Jun 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Powerpoint iaitu membuat gambar animasi bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara untuk membuat gambar bergerak atau animasi menggunakan program Ms. Powerpoint.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diterangkan sedikit konsep gambar animasi dan kegunaannya. Kemudian peserta diajar satu persatu cara membuat gambar bergerak menggunakan program Ms. Powerpoint seperti mengimport atau mengambil gambar yang diinginkan di dalam internet atau yang sedia ada di dalam komputer kemudian menggunakan feature dan button animation yang terdapat dalam Ms. Word, peserta boleh memilih mana-mana animasi yang mereka ingini. Peserta juga boleh membuat pergerakkan atau animasi mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali